Tuesday, October 26, 2010

Surat Kiriman - Malay Language Paper 1 (Peperiksaan Akhir Tahun)

Fadilah Bte Yunos
Blok 183 Jalan Kembangan
#02-123
Singapura 100183

1hb Oktober 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Bandaran Taman Anggerik
Blok 20 Jalan Kembangan
#01-44
Singapura 490020

Tuan
Kebersihan Pasar Malam

Berhubung dengan perkara, di atas, saya selaku seorang pembeli ingin membuat aduan mengenai kebersihan gerai di pasar malam berdekatan dengan rumah saya. Baru baru ini saya mendapati gerai di pasar itu tidak menitikberatkan soal kebersihan apabila menjaja makanan.

Perkara yang pertama ialah sampah sarap dibuang di merata-rata. Ada penjaja gerai membuang makanan yang tidak digunakan lagi ke lantai. Perbuatan mereka ini akan menjejas kebersihan gerai kerana makanan-makanana itu akan menjadikan tempat pembiakan nyamuk. Lantas itu akan membuat orang jatuh sakit kerana kebersihan yang buruk itu.

Perkara yang kedua ialah penjaja makanan tidak pandai mengurus gerai. Ada beberapa gerai penjaja makanan yang kotor dan basah. Meraka tidak menghiraukan perkara itu. Ini mengakibatkan kotoran itu berbau busuk hari demi hari kerana penjaja tidak mahu membersihkan gerainya setiap hari. Dengan itu, kebersihan akan terjejas jika gerai dibiarkan kotor dan basah.

Perkara yang ketiga ialah kebersihan penjaja makanan. Ada beberapa penjaja yang tidak mengambil kesah dengan tangan mereka yang kotor itu selepas memegang sampah atau benda yang kotor. Mereka seharusnya mencuci tangan setiap kali memeganag barang yang kotor atau sampah. Ada pula yang berpakaian comot dan kotor. Ini akan menjejas kebersihan makanan setiap kali mereke menyentuh makanan. Dengan itu kebersihan penjaja harus diatur supaya kebersihan juga diatur.

Saranan saya ialah pegawai perhubungan awam boleh mengambil tindakan atau memberi nasihat atau sesi kebersihan menjaja makanan kepada penjaja makanan supaya mereka sedar betapa pentingnya kebersihan. Pegawai juga boleh meronda ke gerai-gerai tersebut untuk memastikan mereka menjaga persekitaran gerai mereka. Pegawai juga boleh memberi amaran kepada mereka yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka. Dengan itu, kebersihan yang baik akan memastikan hidup yang sihat.

Akhir kata, saya harap Tuan dapat mengambil tindakan untuk memperbaiki situasi ini. Segala kerjasama Tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar
Fadilah
(FADILAH BTE YUNOS)

Thursday, August 19, 2010

Karangan Deskriptif - Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah


Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah

Sambutan Hari Kebangsaan Singapura di sekolah pada tahun ini sungguh meriah dan menggembirakan. Murid-murid disuruh untuk meriahkan lagi sambutan itu dengan memakai baju berwarna merah supaya kita dapat bersatu demi negara. Aku tersenyum lebar ketika melihat ramai yang berkobar-kobar memakai baju berwarna merah. Bukan sahaja murid-murid yang memakai baju berwarna merah , malah kebanyakkan guru juga yang memakai baju berwarna merah pada hari kebangsaan itu. Itulah yang menunjukkan semangat Singapura.

Permulaan sambutan kami disambut dengan menyaksikan perbarisan kumpulan seragam dari murid-murid sekolah kami seperti NCC,NPCC, NCDCC dan juga ST. JOHN AMBULANS. Mereka berbaris dengan penuh keyakinan dan semangat demi menunjukkan betapa setianya dan semangatnya mereka kepada negara tercinta. Kami berdiri tegap ketika lagu kebangsaan dimainkan. Kami semua menyanyikan lagu kebangsaan dengan berkobar-kobar . Aku sungguh terharu sekali melihat guru-guru dan murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama sebagai satu rakyat singapura. Selepas perbarisan itu berakhir , kami mendengar ucapan hari kebangsaan dan kami diceritakan secara ringkas tentang sejarah singapura sebelum merdeka. Sejarah Singapura itu mengusik jiwaku kerana aku tidak pernah sedar bahawa negaraku banyak pengorbanan dan aku harus berbangga akan negaraku.

Setelah perbarisan kumpulan seragam dan ucapan hari kebangsaan itu berakhir,aku dan murid-murid yang lain dibawa ke tempat yang harus kami tuju untuk menonton permainan pertandingan diantara kelas yang dikemukakan untuk sambutan hari kebangsaan. Kelasku akan menonton murid daripada kelas yang lain untuk bermain bola keranjang di gelenggang bola keranjang. Kami duduk di bangku yang disediakan sambil menonton pertandingan bola keranjang di antara kelas itu. Walaupun kelasku tidak dapat memasuki ke peringkat akhir, kami tetap bersemangat dan seronok memberikan sorakkan kepada kelas-kelas yang berjaya.Kami memeriahkan lagi suasana di situ dengan memberi sorakan dan tepukkan yang kuat kepada pemain supaya mereka lebih yakin dan bersemangat bermain.

Akhir sekali kami dibawa ke dewan sekolah untuk menonton konsert hari kebangsaan. Acara itu dimula dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan-pertandingan yang diadakan pada hari itu. Walaupun kelasku tidak memenangi apa-apa juga kemenangan, aku gembira kerana kami telah memberikan yang terbaik pada pertandingan itu. Selepas acara penyampaian hadiah, kami dihiburkan dengan lagu-lagu Singapura. Lagu-lagu yang dimainkan itu bermakna bagiku. Murid-murid menyanyikan lagu-lagu itu dengan beramai-ramai dan dengan penuh semangat. Aku amat terharu melihat satu sekolah berseronok menyanyikan lagu-lagu Singapura.

Sambutan hari kebangsaan tahun ini sungguh bermakna dan akan aku ingat di lubuk hatiku kerana sambutan kali ini sungguh meriah dan bersemangat. Dan aku sebagai rakyat Singapura, terharu dan berbangga atas semangat dan keyakinan yang telah aku berikan.

Thursday, August 12, 2010

SURAT KIRIMAN

Afiqah Binti Ramli
Blk 33, Jalan Mengkudu
#05-50
Singapura 330033

13hb Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap
20 Jalan Insaf
Singapura 780301

Tuan

Perkara : Permintaan Agar Perkhidmatan Bas Cekap Disambung Semula.

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat permintaan agar Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap disambung semula. Sebagai seorang penduduk di kawasan itu, saya merasakan bahawa setelah perkhidmatan bas cekap diberhentikan , ia memberi banyak kesukaran bagi para penduduk di Jalan Mengkudu. Terdapat beberapa sebab kenapa perkhidmatan bas cekap harus disambung semula.

Sebab yang pertama ialah dengan tiadanya perkhidmatan bas cekap di kawasan itu, ia akan menyusahkan para penduduk yang ingin menaiki bas ke destinasi yang mereka ingin tuju. Mereka harus berjalan jauh ke stesen bas yang lain untuk menaiki bas. Mereka terpaksa bangun lebih awal untuk berjalan ke perhentian bas yang lain. Ini akan menyusahkan mereka untuk berjalan ke stesen bas yang lain. Terutama sekali ini akan menyusahkan orang tua yang ingin menaiki bas kerana mereka sudah tua dan lemah.

Sebab yang kedua ialah ini akan membuang masa kepada para penduduk. Para penduduk harus mencari stesen bas yang lain untuk menaiki bas ke tempat yang mereka ingin tuju. Ini akan memberikan kesuntukan masa kepada mereka dan itu akan menjejaskan mereka untuk lambat ke kerja ataupun ke tempat yang harus dituju. Seperti saya, saya terpaksa kelam-kabut ke sekolah untuk mencari dan berjalan ke stesen bas yang lain setiap hari.

Sebab yang ketiga ialah, tambang bas perkhidmatan cekap yang murah berbanding dengan syarikat yang lain. Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap memberi tambang bas yang murah dan ini membolehkan ramai penduduk mampu membayar tambang bas. Berbanding dengan syarikat yang lain, tambang bas mereka lebih mahal dan ini menyusahkan orang-orang yang kurang berkemampuan untuk menaiki bas tersebut. Dengan tiadanya, perkhidmatan bas cekap, ini akan menyusahkan para penduduk untuk membayar lebih mahal daripada apa yang mereka mampu.

Akhir kata, saya ingin merayu agar perkhidmatan bas cekap di Jalan Mengkudu disambung semula bagi meringankan kesukaran-kesukaran para penduduk. Saya harap Tuan akan menimbangkan rayuan saya ini. Terima kasih.

Yang benar
Afiqah
(Afiqah Binti Ramli)

Tuesday, August 3, 2010

CROP CIRCLE S



CROP CIRCLE
"Crop Circle" adalah satu fenomena misteri di abad 20an.
Ia adalah sebuah pembentukan yang banyak dijumpai di hasil tanaman bijiran dengan pelbagai corak dan bentuk.
Hasil karya ini menjadi sebuah misteri kerana Crop circle ini didapati tidak wujud di hari sebelumnya.
Crop circle selalunya dilakukan di malam hari, di waktu yang gelap kerana itulah tiada siapa yang tahu siapa yang membuatnya.
Terdapat 190 pembentukan Crop Circle ditemui oleh penyiasat-penyiasat di merata dunia.
Crop Circle ini menduduki saiz sebesar 200,000 kaki persegi.
Tahun demi tahun Crop Circle menjadi lebih compleks .
Ia dibentuk dengan pelbagai bentuk geometri.
Pembentukan crop circle ini mempunyai maknanya yang tersendiri.
Dengan adanya Crop Circle, ia telah menarik para pengunjung di merata dunia untuk melihat pembentukan alam misteri ini.

Hingga ke hari ini, tiada siapa yang tahu kebenaran siapa yang membuat pembentukan Crop Circle ini.
Ramai yang ingat makhluk asing yang melakukannya ketika pesawatnya mendarat ke tanaman tersebut?
Ada juga mengatakan ini adalah fenomena semula jadi?
Syaitan yang membuatnya?
Ataupun manusia yang melakukannya tersendiri?
Apa pun juga, semua orang ada hipotesisnya tersendiri, tetapi ini tetap menjadi satu tanda tanya kepada alam rahsia dan misteri ini.
Credits to:

Wednesday, March 3, 2010

Perayaan Yang Ganjil.







Perayaan Yang Ganjil

Biasanya, isteri yang menarik suami itu - daripada katil untuk mencakar tidak menanggalkan pagi Ahad, untuk pusat beli-belah.

Tetapi, pada Kejohanan Dunia Wife Carrying diadakan secara tahunan dalam Sonkajärvi, Finland, ia suami yang boleh schlepping - isteri itu berpaut untuk hidup disayangi - merentasi satu kursus iaitu mengenai bola sepak dua setengah menurunkan panjang dan berselang-seli dengan pasir, halangan-halangan, halangan-halangan air, dan kelikir membuat lubang.

Antara menghela teknik-teknik suami-suami mengambil adalah:
-gendong tradisional (lengan-lengannya di sekeliling lehernya, kakinya di sekeliling pinggangnya)

-menjalankan (isteri merentasi kedua-dua bahu suaminya) "Estonian-style"

-menjalankan (isteri tergantung tunggang terbalik pada dia kembali, kakinya dibungkus di sekeliling bahunya, lengan-lengannya dicangkuk di sekeliling pinggangnya)

Pada Pendapat Saya, perayaan ini sungguh unik sekali kerana saya tidak pernah melihat ayah saya mendukung ibu saya.

HEHEHE[!]

Hari Pertahanan Mutlak

Saya akan . . .
[SECARA PERIBADI] meningkatkan keyakinan diri saya dan lebih bersemangat untuk mengatasi segala rintangan yang melanda. Saya juga akan memberi segala fokus kepada apa yang hendak saya capaikan dan tidak akan membuang masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah.

[KELUARGA] merapatkan atau mengeratkan lagi hubungan keluarga dengan melapangkan masa untuk berhibur bersama. Saya juga akan sentiasa membuat mereka ceria dan menolong mereka jika mereka dalam kesusahan dan bukan membiarkan mereka tanggung kesendirian.

[SEKOLAH] belajar dengan tekun untuk mendapat keputusan markah yang cemerlang untuk mengharumi nama baik sekolah. Dengan itu , masa depan saya akan lebih cerah dan cita-cita saya akan tercapai. an hidup saya akan aman bahagia.

AMIN.

Wednesday, February 3, 2010








Malapetaka di Haiti


1. Apakah malapetaka yang melanda di Haiti baru-baru ini? Ceritakan.
Malapetaka yang melanda di Haiti baru-baru ini ialah
Gempa Bumi. Gempar Bumi ini berlaku pada 16:53 waktu tempatan (21:53 UTC) pada Selasa, 12 Januari 2010 di bandar bagi Léogâne, kira-kira 25 km (16 batu) barat Port-au-Prince, Haiti.


Dianggarkan
1.3 juta orang telah terjejas oleh gempa bumi ini. Presiden Haiti, Rene Preval menyatakan, pada 27 Januari, itu "hampir 170,000" badan-badan telah dikira. Laporan-laporan mendakwa begitu 20,000 bangunan-bangunan komersial dan 225,000 buah kediaman telah runtuh atau merosakkan dengan teruk. Rakyat banyak menghabiskan malam di luar di tengah-tengah kebimbangan lebih kejutan lanjuran.

Gempa Bumi 2010 Haiti ini adalah satu magnitud membawa bencana 7.0 gempa bumi.


2. Apakah perasaan kamu setelah membaca mengenai malapetaka tersebut?
Saya berasa terkejut, kasihan/simpati dan juga sedih ketika membaca mengenai gempa bumi itu. Saya tidak sangka yang perkara sebegini terjadi dengan dasyatnya. Kasihan kerana mereka mengalami musibah yang sungguh menyeksakan. Mereka terpaksa bermalam di luar dalam kesejukkan akibat kehancuran rumah dan bangunan. Suasana yang sungguh tidak menyenangkan hati.
Mereka tidak dapat hidup dengan aman seperti mana kita rasakan. Saya bersyukur atas itu.

3. Apakah yang boleh kamu lakukan untuk mengurangkan kesengsaraan mereka?
Saya boleh membantu dalam memberi sumbangan atau derma. Seperti, mengumpulkan dana seperti wang atau pakaian/barang yang tidak dipakai. Dengan itu , wang /benda yang dikumpul dapat membantu mereka hidup dalam kehidupan yang baru.