Saturday, July 18, 2009

Melayu Nyer Interview Tuuu. ;]


Kumpulan:
-Amira[video-edit]
-Nabihah[wawancara]
-Zakiah[skript/wawancara]
&&
Terima kasih kepada Cherry kerana memberi kami masa untuk mewawancara dia.
;];]

~zakiah[2n1].

Wednesday, July 8, 2009

Pengalaman Bermain Permainan Tradisional [;

1]Senaraikan/serta ceritakan serba sedikit tentang permainan tradisional yang telah kamu pelajari / sertai pada 8 July 2009.

Permainan yang telah saya pelajari adalah:
-batu seremban = mencampakkan batu seremban itu ke udara dan harus menangkapnya dengan satu tangan.

-yeh yeh = kita harus melompat depan dan belakang yeh yeh tersebut.

-chapteh = menimbang chapteh/bulu ayam itu , siapa yang menimbang paling banyak menang.
-congkak = ia dimainkan dengan guli. guli itu harus dimasukkan ke dalam kampung . Guli yang banyakyang ada di kampung itu ialah pemenangnya.

-guli = mengambil lima guli sebelumnya dan guli tersebut harus dicampakkan di guli yang ada di dalam bulatan yang ada dilantai. Guli yang terkeluar dari bulatan itu , kita harus mengambilnya . Sesiapa yang dapat banyak guli , ialah permenangnya.
.
2]Permainan manakah yang telah menambat hati kamu? Mengapa? Gambarkan perasaan kamu semasa memainkan permainan itu.,

Permainan yang menambat hati saya ialah permainan guli dan yeh yeh kerana dalam hidup saya, saya tidak pernah merasakan bermain permainan itu . Dan apabila bermain permainan itu , saya berasa amat seronok daripada permainan yang lain yang pernah saya bermain sebelum ini. Ketika berman permainan guli , kita harus memberi seluruh tumpuan pada guli yang berada di dalam bulatan itu supaya kita boleh mengeluarkan guli itu. Yeh yeh pulak , harus melompat depan dan belakang dan itu membuat saya berasa amat mencabar untuk ke depan dan belakang kerana yeh yeh itu akan semakin menaik.
.
3]Sertakan gambar permainan tersebut.




-permainan ini menambat hati saya,

yang lain,



Wednesday, July 1, 2009

Cuti Sekolah Penggal 1-2009


Aktiviti-Aktiviti yang dirancang pada cuti sekolah ialah saya telah merancang pada minggu pertama saya ingin menghabiskan masa saya dengan keluarga dengan menziarahi nenek dan datuk dan yang lain masa dengan pergi membeli-belah. Minggu kedua mengahabiskan masa dengan kawan-kawan dengan menonton wayang , bermain bowling ataupun berjumpa untuk berbual-bual. Minggu Ketiga dan keempat pula saya menghabiskan masa dengan membuat kerja sekolah atau projek yang diberi guru dan bermain komputer.
.
Aktiviti-Aktiviti yang dilaksanakan ialah saya dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk. Saya juga telah menghabiskan kesemua kerja sekolah saya. Saya juga telah berjumpa dengan kawan sekolah untuk membuat projek yang diberi guru. Saya juga gembira kerana ada sedara-mara datang ke rumah , dan dapatlah saya bermain dengan mereka.
.
Aktiviti-Aktiviti yang tidak terlaksana ialah tidak ada satu hari pun saya berjumpa dengan kawan untuk menonton wayang bersama , kerana ibu dan bapa saya tidak membenarkannya.
.
Saya rasa cuti sekolah penggal 1 ini tidak menarik bagi saya kerana saya selalu menghabiskan masa di rumah saja dan ia amat membosankan tetapi ada juga masa yang gembira dan saya tidak akan melupakan masa itu.

Tuesday, March 24, 2009

Kerjaya Yang Ingin Saya Ceburi



Kerjaya yang ingin saya ceburi ialah menjadi seorang guru yang berjaya.
Tempat yang ingin saya mengajar ialah sekolah menengah.
.
Deskripsi
menjadi seorang guru ialah saya harus mengajar bahasa inggeris dan bahasa o-level yang lain.
Guru yang berdiploma.
Guru yang berpengalaman dalam bidang Business Administration.
.
Kelulusan yang diperlukan
bagi mendapat kerja itu ialah
ada "degree holder" & , percakapan yang lancar ataupun baik
dan juga ada pengalaman sendiri dalam bidang keguruan.
Saya harus mendapat diploma dalam bahasa yang ingin saya ceburi .
Saya harus lebih bercakap dengan lancar dan jelas.
Saya perlu mempelajari banyak lagi tentang bidang keguruan.

Wednesday, March 11, 2009

Taman Tema.

.
Taman Tema [Pernah] :
Taman Tema yang pernah saya lawati ialah Escape Theme Park ataupun Taman Tema Escape yang berada di Pasiri Ris , Downtown East.
Pengetahuan saya ialah ramai pelancong suka ke sana .
Ramai remaja juga suka ke sana untuk bermain sepuas mereka dan lupa semua kegiatan yang membuat mereka bosan .
Pengalaman saya pada waktu itu ialah waktu saya bersama keluarga pergi menikmati permainan-permainan disana pada cuti sekolah yang lepas utnuk menghilangkan rasa bosan di rumah . Permainan-permainan di sana semuanya seronok-seronok belaka .
Perasaan saya amat seronok sekali ke sana dan akan pergi ke sana lagi pada masa yang lapang .


Taman Tema [Ingin Dilawat] :
Taman tema yang ingin saya lawati ialah Taman Tema yang bernama Disneyland .
Ia adalah tempat yang sungguh seronok sekali .
Pelbagai permainan yang lebih hebat daripada permainan yang berada di Escape Theme Park .
Permandangan di sana juga indah dan suasananya akan membuat orang menghilangkan segala stres .
Permainan di sana akan membuat semua pelancong yang ke sana gembira bermain dengan permainan di sana .
Jikalau saya pergi ke Disneyland , perasaan saya amat seronok dan gembira .

Monday, March 9, 2009

Filem Yang Pernah Saya Tonton


Filem yang amat saya gemar tontoni ialah Cinta Fitri.

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah perjalanan cinta dan menyelamatkan sebuah keluarga yag diselamatkan oleh seorang gadis bernama Fitri dan suaminya Farrel dalam menyelamatkan keluarganya daripada kehancuran seorang gadis yang bernama Miska semata-mata untuk mendapat harta daripada Pak Hutama iaitu bapa kandung Farrel. Miska , seorang kehancuran keluarga Pak Hutama, telah merancangkan berberapa rancangan yang jahat untuk merampas harta keluarga itu daripada diberikan kepada anak kandungan malah diberikan kesuemua harta itu kepadanya. Akhirnya, Pak Hutama meninggal kerana terdengar perbualan jahat mereka dan juga sikap jahat Miska dan suaminya . Nasib baik , sebelum Hutama meninggal dia telah mewariskan hartanya kepada Farrel selepas mendapat tahu mengenai rancangan jahat Miska. Farrel mendapat harta itu dan kini Farrel sedang mencari pembunuh bapaknya.

Adegan yang tak dapat dilupakan ialah waktu Miska ditampar oleh keluarga Hutama kerana perbuatan jahat dia.

Secara kesuluruhan cerita ini memang yang terbaik bagi saya kerana ada jalan ceritanya yang menyedihkan ada yang membuat kita puas hati seperti tamparan daripada keluarga Hutama kepada gadis kejam yang bernama Miska.

DAH HABIS DAH~

Wednesday, February 4, 2009

Kenali Saya.

Latar Belakang:
Saya bernama Zakiah.
Berumur 14 tahun pada 28.08.95
Mempunyai 4 adik beradik
Saya ialah anak yang ketiga.
Saya ialah seorang kakak dan juga adik.
Mempunyai 2 abang & seorang adik perempuan :
Ismail Hakim(18 Tahun)
Muhammad Fuad Hakim (17 Tahun)
Nur Amirah (10 Tahun)
Seorang ibu & ayah bernama :
Nor Laila , Mohamad Razif
Tinggal Bersama Nenek & Datuk :
Amir & Aminah
Sayang Mereka Semua Banyak Banyak!
Kami Akan Keluar Bersama-sama Pada Masa Lapang.
_
Personaliti:
Ceria Pada Setiap Masa
Suka Membuang Masa
.
Hobi & Kegemaran:
Mendengar Lagu
Melukis
Bermain Komputer
Belajar
Berlari
Bermain Badminton
Berenang
Makan & Tidur.
Harapan Pada Tahun Ini:
Lulus peperiksaan dengan cemerlang.
Memasuki ke kelas 3n1.
Menjadi lebih berani dan bersemangat!
Memberi sepenuh tumpuan kepada guru yang mengajar
.
DAH HABIS DAH~