Saturday, July 18, 2009

Melayu Nyer Interview Tuuu. ;]


Kumpulan:
-Amira[video-edit]
-Nabihah[wawancara]
-Zakiah[skript/wawancara]
&&
Terima kasih kepada Cherry kerana memberi kami masa untuk mewawancara dia.
;];]

~zakiah[2n1].

Wednesday, July 8, 2009

Pengalaman Bermain Permainan Tradisional [;

1]Senaraikan/serta ceritakan serba sedikit tentang permainan tradisional yang telah kamu pelajari / sertai pada 8 July 2009.

Permainan yang telah saya pelajari adalah:
-batu seremban = mencampakkan batu seremban itu ke udara dan harus menangkapnya dengan satu tangan.

-yeh yeh = kita harus melompat depan dan belakang yeh yeh tersebut.

-chapteh = menimbang chapteh/bulu ayam itu , siapa yang menimbang paling banyak menang.
-congkak = ia dimainkan dengan guli. guli itu harus dimasukkan ke dalam kampung . Guli yang banyakyang ada di kampung itu ialah pemenangnya.

-guli = mengambil lima guli sebelumnya dan guli tersebut harus dicampakkan di guli yang ada di dalam bulatan yang ada dilantai. Guli yang terkeluar dari bulatan itu , kita harus mengambilnya . Sesiapa yang dapat banyak guli , ialah permenangnya.
.
2]Permainan manakah yang telah menambat hati kamu? Mengapa? Gambarkan perasaan kamu semasa memainkan permainan itu.,

Permainan yang menambat hati saya ialah permainan guli dan yeh yeh kerana dalam hidup saya, saya tidak pernah merasakan bermain permainan itu . Dan apabila bermain permainan itu , saya berasa amat seronok daripada permainan yang lain yang pernah saya bermain sebelum ini. Ketika berman permainan guli , kita harus memberi seluruh tumpuan pada guli yang berada di dalam bulatan itu supaya kita boleh mengeluarkan guli itu. Yeh yeh pulak , harus melompat depan dan belakang dan itu membuat saya berasa amat mencabar untuk ke depan dan belakang kerana yeh yeh itu akan semakin menaik.
.
3]Sertakan gambar permainan tersebut.




-permainan ini menambat hati saya,

yang lain,



Wednesday, July 1, 2009

Cuti Sekolah Penggal 1-2009


Aktiviti-Aktiviti yang dirancang pada cuti sekolah ialah saya telah merancang pada minggu pertama saya ingin menghabiskan masa saya dengan keluarga dengan menziarahi nenek dan datuk dan yang lain masa dengan pergi membeli-belah. Minggu kedua mengahabiskan masa dengan kawan-kawan dengan menonton wayang , bermain bowling ataupun berjumpa untuk berbual-bual. Minggu Ketiga dan keempat pula saya menghabiskan masa dengan membuat kerja sekolah atau projek yang diberi guru dan bermain komputer.
.
Aktiviti-Aktiviti yang dilaksanakan ialah saya dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk. Saya juga telah menghabiskan kesemua kerja sekolah saya. Saya juga telah berjumpa dengan kawan sekolah untuk membuat projek yang diberi guru. Saya juga gembira kerana ada sedara-mara datang ke rumah , dan dapatlah saya bermain dengan mereka.
.
Aktiviti-Aktiviti yang tidak terlaksana ialah tidak ada satu hari pun saya berjumpa dengan kawan untuk menonton wayang bersama , kerana ibu dan bapa saya tidak membenarkannya.
.
Saya rasa cuti sekolah penggal 1 ini tidak menarik bagi saya kerana saya selalu menghabiskan masa di rumah saja dan ia amat membosankan tetapi ada juga masa yang gembira dan saya tidak akan melupakan masa itu.