Thursday, August 19, 2010

Karangan Deskriptif - Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah


Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah

Sambutan Hari Kebangsaan Singapura di sekolah pada tahun ini sungguh meriah dan menggembirakan. Murid-murid disuruh untuk meriahkan lagi sambutan itu dengan memakai baju berwarna merah supaya kita dapat bersatu demi negara. Aku tersenyum lebar ketika melihat ramai yang berkobar-kobar memakai baju berwarna merah. Bukan sahaja murid-murid yang memakai baju berwarna merah , malah kebanyakkan guru juga yang memakai baju berwarna merah pada hari kebangsaan itu. Itulah yang menunjukkan semangat Singapura.

Permulaan sambutan kami disambut dengan menyaksikan perbarisan kumpulan seragam dari murid-murid sekolah kami seperti NCC,NPCC, NCDCC dan juga ST. JOHN AMBULANS. Mereka berbaris dengan penuh keyakinan dan semangat demi menunjukkan betapa setianya dan semangatnya mereka kepada negara tercinta. Kami berdiri tegap ketika lagu kebangsaan dimainkan. Kami semua menyanyikan lagu kebangsaan dengan berkobar-kobar . Aku sungguh terharu sekali melihat guru-guru dan murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama sebagai satu rakyat singapura. Selepas perbarisan itu berakhir , kami mendengar ucapan hari kebangsaan dan kami diceritakan secara ringkas tentang sejarah singapura sebelum merdeka. Sejarah Singapura itu mengusik jiwaku kerana aku tidak pernah sedar bahawa negaraku banyak pengorbanan dan aku harus berbangga akan negaraku.

Setelah perbarisan kumpulan seragam dan ucapan hari kebangsaan itu berakhir,aku dan murid-murid yang lain dibawa ke tempat yang harus kami tuju untuk menonton permainan pertandingan diantara kelas yang dikemukakan untuk sambutan hari kebangsaan. Kelasku akan menonton murid daripada kelas yang lain untuk bermain bola keranjang di gelenggang bola keranjang. Kami duduk di bangku yang disediakan sambil menonton pertandingan bola keranjang di antara kelas itu. Walaupun kelasku tidak dapat memasuki ke peringkat akhir, kami tetap bersemangat dan seronok memberikan sorakkan kepada kelas-kelas yang berjaya.Kami memeriahkan lagi suasana di situ dengan memberi sorakan dan tepukkan yang kuat kepada pemain supaya mereka lebih yakin dan bersemangat bermain.

Akhir sekali kami dibawa ke dewan sekolah untuk menonton konsert hari kebangsaan. Acara itu dimula dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan-pertandingan yang diadakan pada hari itu. Walaupun kelasku tidak memenangi apa-apa juga kemenangan, aku gembira kerana kami telah memberikan yang terbaik pada pertandingan itu. Selepas acara penyampaian hadiah, kami dihiburkan dengan lagu-lagu Singapura. Lagu-lagu yang dimainkan itu bermakna bagiku. Murid-murid menyanyikan lagu-lagu itu dengan beramai-ramai dan dengan penuh semangat. Aku amat terharu melihat satu sekolah berseronok menyanyikan lagu-lagu Singapura.

Sambutan hari kebangsaan tahun ini sungguh bermakna dan akan aku ingat di lubuk hatiku kerana sambutan kali ini sungguh meriah dan bersemangat. Dan aku sebagai rakyat Singapura, terharu dan berbangga atas semangat dan keyakinan yang telah aku berikan.

Thursday, August 12, 2010

SURAT KIRIMAN

Afiqah Binti Ramli
Blk 33, Jalan Mengkudu
#05-50
Singapura 330033

13hb Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap
20 Jalan Insaf
Singapura 780301

Tuan

Perkara : Permintaan Agar Perkhidmatan Bas Cekap Disambung Semula.

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat permintaan agar Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap disambung semula. Sebagai seorang penduduk di kawasan itu, saya merasakan bahawa setelah perkhidmatan bas cekap diberhentikan , ia memberi banyak kesukaran bagi para penduduk di Jalan Mengkudu. Terdapat beberapa sebab kenapa perkhidmatan bas cekap harus disambung semula.

Sebab yang pertama ialah dengan tiadanya perkhidmatan bas cekap di kawasan itu, ia akan menyusahkan para penduduk yang ingin menaiki bas ke destinasi yang mereka ingin tuju. Mereka harus berjalan jauh ke stesen bas yang lain untuk menaiki bas. Mereka terpaksa bangun lebih awal untuk berjalan ke perhentian bas yang lain. Ini akan menyusahkan mereka untuk berjalan ke stesen bas yang lain. Terutama sekali ini akan menyusahkan orang tua yang ingin menaiki bas kerana mereka sudah tua dan lemah.

Sebab yang kedua ialah ini akan membuang masa kepada para penduduk. Para penduduk harus mencari stesen bas yang lain untuk menaiki bas ke tempat yang mereka ingin tuju. Ini akan memberikan kesuntukan masa kepada mereka dan itu akan menjejaskan mereka untuk lambat ke kerja ataupun ke tempat yang harus dituju. Seperti saya, saya terpaksa kelam-kabut ke sekolah untuk mencari dan berjalan ke stesen bas yang lain setiap hari.

Sebab yang ketiga ialah, tambang bas perkhidmatan cekap yang murah berbanding dengan syarikat yang lain. Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap memberi tambang bas yang murah dan ini membolehkan ramai penduduk mampu membayar tambang bas. Berbanding dengan syarikat yang lain, tambang bas mereka lebih mahal dan ini menyusahkan orang-orang yang kurang berkemampuan untuk menaiki bas tersebut. Dengan tiadanya, perkhidmatan bas cekap, ini akan menyusahkan para penduduk untuk membayar lebih mahal daripada apa yang mereka mampu.

Akhir kata, saya ingin merayu agar perkhidmatan bas cekap di Jalan Mengkudu disambung semula bagi meringankan kesukaran-kesukaran para penduduk. Saya harap Tuan akan menimbangkan rayuan saya ini. Terima kasih.

Yang benar
Afiqah
(Afiqah Binti Ramli)

Tuesday, August 3, 2010

CROP CIRCLE S



CROP CIRCLE
"Crop Circle" adalah satu fenomena misteri di abad 20an.
Ia adalah sebuah pembentukan yang banyak dijumpai di hasil tanaman bijiran dengan pelbagai corak dan bentuk.
Hasil karya ini menjadi sebuah misteri kerana Crop circle ini didapati tidak wujud di hari sebelumnya.
Crop circle selalunya dilakukan di malam hari, di waktu yang gelap kerana itulah tiada siapa yang tahu siapa yang membuatnya.
Terdapat 190 pembentukan Crop Circle ditemui oleh penyiasat-penyiasat di merata dunia.
Crop Circle ini menduduki saiz sebesar 200,000 kaki persegi.
Tahun demi tahun Crop Circle menjadi lebih compleks .
Ia dibentuk dengan pelbagai bentuk geometri.
Pembentukan crop circle ini mempunyai maknanya yang tersendiri.
Dengan adanya Crop Circle, ia telah menarik para pengunjung di merata dunia untuk melihat pembentukan alam misteri ini.

Hingga ke hari ini, tiada siapa yang tahu kebenaran siapa yang membuat pembentukan Crop Circle ini.
Ramai yang ingat makhluk asing yang melakukannya ketika pesawatnya mendarat ke tanaman tersebut?
Ada juga mengatakan ini adalah fenomena semula jadi?
Syaitan yang membuatnya?
Ataupun manusia yang melakukannya tersendiri?
Apa pun juga, semua orang ada hipotesisnya tersendiri, tetapi ini tetap menjadi satu tanda tanya kepada alam rahsia dan misteri ini.
Credits to: