Tuesday, October 26, 2010

Surat Kiriman - Malay Language Paper 1 (Peperiksaan Akhir Tahun)

Fadilah Bte Yunos
Blok 183 Jalan Kembangan
#02-123
Singapura 100183

1hb Oktober 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Bandaran Taman Anggerik
Blok 20 Jalan Kembangan
#01-44
Singapura 490020

Tuan
Kebersihan Pasar Malam

Berhubung dengan perkara, di atas, saya selaku seorang pembeli ingin membuat aduan mengenai kebersihan gerai di pasar malam berdekatan dengan rumah saya. Baru baru ini saya mendapati gerai di pasar itu tidak menitikberatkan soal kebersihan apabila menjaja makanan.

Perkara yang pertama ialah sampah sarap dibuang di merata-rata. Ada penjaja gerai membuang makanan yang tidak digunakan lagi ke lantai. Perbuatan mereka ini akan menjejas kebersihan gerai kerana makanan-makanana itu akan menjadikan tempat pembiakan nyamuk. Lantas itu akan membuat orang jatuh sakit kerana kebersihan yang buruk itu.

Perkara yang kedua ialah penjaja makanan tidak pandai mengurus gerai. Ada beberapa gerai penjaja makanan yang kotor dan basah. Meraka tidak menghiraukan perkara itu. Ini mengakibatkan kotoran itu berbau busuk hari demi hari kerana penjaja tidak mahu membersihkan gerainya setiap hari. Dengan itu, kebersihan akan terjejas jika gerai dibiarkan kotor dan basah.

Perkara yang ketiga ialah kebersihan penjaja makanan. Ada beberapa penjaja yang tidak mengambil kesah dengan tangan mereka yang kotor itu selepas memegang sampah atau benda yang kotor. Mereka seharusnya mencuci tangan setiap kali memeganag barang yang kotor atau sampah. Ada pula yang berpakaian comot dan kotor. Ini akan menjejas kebersihan makanan setiap kali mereke menyentuh makanan. Dengan itu kebersihan penjaja harus diatur supaya kebersihan juga diatur.

Saranan saya ialah pegawai perhubungan awam boleh mengambil tindakan atau memberi nasihat atau sesi kebersihan menjaja makanan kepada penjaja makanan supaya mereka sedar betapa pentingnya kebersihan. Pegawai juga boleh meronda ke gerai-gerai tersebut untuk memastikan mereka menjaga persekitaran gerai mereka. Pegawai juga boleh memberi amaran kepada mereka yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka. Dengan itu, kebersihan yang baik akan memastikan hidup yang sihat.

Akhir kata, saya harap Tuan dapat mengambil tindakan untuk memperbaiki situasi ini. Segala kerjasama Tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar
Fadilah
(FADILAH BTE YUNOS)