Thursday, August 19, 2010

Karangan Deskriptif - Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah


Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah

Sambutan Hari Kebangsaan Singapura di sekolah pada tahun ini sungguh meriah dan menggembirakan. Murid-murid disuruh untuk meriahkan lagi sambutan itu dengan memakai baju berwarna merah supaya kita dapat bersatu demi negara. Aku tersenyum lebar ketika melihat ramai yang berkobar-kobar memakai baju berwarna merah. Bukan sahaja murid-murid yang memakai baju berwarna merah , malah kebanyakkan guru juga yang memakai baju berwarna merah pada hari kebangsaan itu. Itulah yang menunjukkan semangat Singapura.

Permulaan sambutan kami disambut dengan menyaksikan perbarisan kumpulan seragam dari murid-murid sekolah kami seperti NCC,NPCC, NCDCC dan juga ST. JOHN AMBULANS. Mereka berbaris dengan penuh keyakinan dan semangat demi menunjukkan betapa setianya dan semangatnya mereka kepada negara tercinta. Kami berdiri tegap ketika lagu kebangsaan dimainkan. Kami semua menyanyikan lagu kebangsaan dengan berkobar-kobar . Aku sungguh terharu sekali melihat guru-guru dan murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama sebagai satu rakyat singapura. Selepas perbarisan itu berakhir , kami mendengar ucapan hari kebangsaan dan kami diceritakan secara ringkas tentang sejarah singapura sebelum merdeka. Sejarah Singapura itu mengusik jiwaku kerana aku tidak pernah sedar bahawa negaraku banyak pengorbanan dan aku harus berbangga akan negaraku.

Setelah perbarisan kumpulan seragam dan ucapan hari kebangsaan itu berakhir,aku dan murid-murid yang lain dibawa ke tempat yang harus kami tuju untuk menonton permainan pertandingan diantara kelas yang dikemukakan untuk sambutan hari kebangsaan. Kelasku akan menonton murid daripada kelas yang lain untuk bermain bola keranjang di gelenggang bola keranjang. Kami duduk di bangku yang disediakan sambil menonton pertandingan bola keranjang di antara kelas itu. Walaupun kelasku tidak dapat memasuki ke peringkat akhir, kami tetap bersemangat dan seronok memberikan sorakkan kepada kelas-kelas yang berjaya.Kami memeriahkan lagi suasana di situ dengan memberi sorakan dan tepukkan yang kuat kepada pemain supaya mereka lebih yakin dan bersemangat bermain.

Akhir sekali kami dibawa ke dewan sekolah untuk menonton konsert hari kebangsaan. Acara itu dimula dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan-pertandingan yang diadakan pada hari itu. Walaupun kelasku tidak memenangi apa-apa juga kemenangan, aku gembira kerana kami telah memberikan yang terbaik pada pertandingan itu. Selepas acara penyampaian hadiah, kami dihiburkan dengan lagu-lagu Singapura. Lagu-lagu yang dimainkan itu bermakna bagiku. Murid-murid menyanyikan lagu-lagu itu dengan beramai-ramai dan dengan penuh semangat. Aku amat terharu melihat satu sekolah berseronok menyanyikan lagu-lagu Singapura.

Sambutan hari kebangsaan tahun ini sungguh bermakna dan akan aku ingat di lubuk hatiku kerana sambutan kali ini sungguh meriah dan bersemangat. Dan aku sebagai rakyat Singapura, terharu dan berbangga atas semangat dan keyakinan yang telah aku berikan.

No comments:

Post a Comment