Thursday, August 12, 2010

SURAT KIRIMAN

Afiqah Binti Ramli
Blk 33, Jalan Mengkudu
#05-50
Singapura 330033

13hb Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap
20 Jalan Insaf
Singapura 780301

Tuan

Perkara : Permintaan Agar Perkhidmatan Bas Cekap Disambung Semula.

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat permintaan agar Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap disambung semula. Sebagai seorang penduduk di kawasan itu, saya merasakan bahawa setelah perkhidmatan bas cekap diberhentikan , ia memberi banyak kesukaran bagi para penduduk di Jalan Mengkudu. Terdapat beberapa sebab kenapa perkhidmatan bas cekap harus disambung semula.

Sebab yang pertama ialah dengan tiadanya perkhidmatan bas cekap di kawasan itu, ia akan menyusahkan para penduduk yang ingin menaiki bas ke destinasi yang mereka ingin tuju. Mereka harus berjalan jauh ke stesen bas yang lain untuk menaiki bas. Mereka terpaksa bangun lebih awal untuk berjalan ke perhentian bas yang lain. Ini akan menyusahkan mereka untuk berjalan ke stesen bas yang lain. Terutama sekali ini akan menyusahkan orang tua yang ingin menaiki bas kerana mereka sudah tua dan lemah.

Sebab yang kedua ialah ini akan membuang masa kepada para penduduk. Para penduduk harus mencari stesen bas yang lain untuk menaiki bas ke tempat yang mereka ingin tuju. Ini akan memberikan kesuntukan masa kepada mereka dan itu akan menjejaskan mereka untuk lambat ke kerja ataupun ke tempat yang harus dituju. Seperti saya, saya terpaksa kelam-kabut ke sekolah untuk mencari dan berjalan ke stesen bas yang lain setiap hari.

Sebab yang ketiga ialah, tambang bas perkhidmatan cekap yang murah berbanding dengan syarikat yang lain. Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap memberi tambang bas yang murah dan ini membolehkan ramai penduduk mampu membayar tambang bas. Berbanding dengan syarikat yang lain, tambang bas mereka lebih mahal dan ini menyusahkan orang-orang yang kurang berkemampuan untuk menaiki bas tersebut. Dengan tiadanya, perkhidmatan bas cekap, ini akan menyusahkan para penduduk untuk membayar lebih mahal daripada apa yang mereka mampu.

Akhir kata, saya ingin merayu agar perkhidmatan bas cekap di Jalan Mengkudu disambung semula bagi meringankan kesukaran-kesukaran para penduduk. Saya harap Tuan akan menimbangkan rayuan saya ini. Terima kasih.

Yang benar
Afiqah
(Afiqah Binti Ramli)

6 comments:

  1. Surat secara kesuluruhan baik, diterangkan secara jelas. Tapi harus memperbaiki bahasa dan struktur ayat. Di perenggan akhir, cara penutupan kamu amat mendadak, harus memperbaiki di situ. Secara kesimpulannya, struktur ayat dan bahasa itu harus dibetulkan dengan lagi baik. Isi ditambah lagi agar ia dapat memberi pembaca gambaran yang jelas.

    ReplyDelete
  2. Bahasa yang digunakan untuk surat kiriman ini amat baik kerana dia menerangkan perkara yang ingin dikatakan dengan jelas sekali. Namun,dia telah membuat kesilapan yang amat kecil ia itu dia telah mengatakan bahawa dia ingin membuat permintaan dan pada akhir suratnya pula,dia mengatakan bahawa ia ada rayuan. Zakiah harus memastikan perkara yang ingin dikatakan dalam suratnya nanti.

    ReplyDelete
  3. Isi yang bagus dan Zakiah pandai menerangkan sebab-sebab yang tertentu bagi mengapa mereka harus menyambung perkhidmatan bas cekap. Zakiah juga mempunyai beberapa kesilapan bahasa. Ada juga perkataan yang tidak sesuai dengan ayat tersebut. Kadang-kala Zakiah tidak tahu bila untuk meletakkan koma pada ayat-ayat yang tertentu. Tetapi Zakiah juga pandai meletakkan ideanya dalam perengan tersebut.
    (:

    ReplyDelete
  4. Secara keseluruhan suratnya bagus.Tetapi ada sedikit kesalahan kerana di perenggan pertama dia menggatakan bahawa dia ingin mebuat permintaan tetapi di perenggan terakhir dia menggatkan bahwa dia ingin membuat rayuan.

    ReplyDelete
  5. Secara keseluruhannya, isinya baik dan dia telah menggunakan bahasa yang bagus. Walaupun Zakiah ada tersilap, tetapi, ia tidak begitu menjejaskan suratnya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Zakiah. :D Bahasa awak sunggu baik sekali tetapi awak mempunyai kesilapan dalam bahasa awak di perengaan satu. Tetapi itu awak boleh memperbaikinya. isi awak juga baik kerana mempunyai keterangan yang jelas sekali.

    ReplyDelete